Versi 1.006
    
 
English 
 
Latar Belakang
 
  Fakulti Sains & Teknologi terdiri daripada lima pusat pengajian dan setiap pusat pengajian ini telah menghasilkan buku istilah masing. Buku-buku istilah ini telah disatukan menjadi satu buku istilah yang komprehensif yang menggabungkan pelbagai ilmu dan disiplin yang terdapat di FST. Setakat ini, lebih 80,000 entri istilah telah dimasukkan dalam pangkalan data. Memandangkan proses peristilahan merupakan suatu proses berterusan, maka adalah tidak praktikal untuk menerbitkan buku istilah ini secara berterusan. Selain daripada masalah untuk mengemaskini data, proses gelintaran istilah melalui buku tidak begitu mudah. Sistem yang berasaskan teknologi realiti maya ini diwujudkan untuk memudahkan pangkalan data dikemaskinikan dari masa ke masa, kemudahan penyelenggaraan data dan yang paling penting sistem gelintaran istilah yang berkesan.
Sistem ini juga bersifat dinamik. Melalui ciri ini, proses pembinaan istilah dan pembesaran pangkalan data, dibuka luas kepada sesiapa sahaja untuk mencadangkan istilah baru. Namun, pengguna ini harus berdaftar secara atas talian.ETISAS mempunyai mekanisma suntingan dan pemonitoran pangkalan yang berkesan yang terbina dalamnya. Kesilapan seperti kemasukan istilah berganda dan kesilapan ejaan dapat dikesan dan diperbaiki dengan mudah. Satu lagi ciri penting ETISAS ialah sifat keinteraktifannya. Selain daripada mengumpul maklum balas pengguna, ETISAS menyediakan ruang khidmat nasihat dan juga ruang pantau tegur istilah. Skop ETISAS meliputi pengumpulan, penyelenggaraan, menyebarluaskan, penyuntingan dan pemantauan pangkalan data istilah yang besar (melebihi 114853 entri pada masa ini). Maklumat ini boleh dicapai bukan sahaja oleh warga UKM, malahan semua lapisan masyarakat. Dengan wujudkan sistem ini diharapkan UKM menjadi universiti perintis dalam mempelopori istilah maya (yang dicapai menerusi internet) untuk memperkasakan bahasa Melayu dan ini selari dengan semangat pembentukan UKM.
 
 
Fungsi dan Ciri
a. Mempunyai enjin carian yang berkesan dan pantas.
b. Memudahkan kemasukan entri istilah ke pangkalan data.
c. Membenarkan pengguna mencadangkan istilah baru atau istilah yang lebih sesuai dan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa, istilah ini akan digabungkan dengan pangkalan data yang sedia ada.
d. Menyediakan khidmat nasihat kepada pengguna. Sistem ini menyediakan ruangan pertanyaan dan jawapan kepada pengguna untuk menanyakan sebarang kemusykilan peristilahan.
e. Membolehkan pendaftaran atas talian. Hanya pengguna yang berdaftar dibenarkan memberi cadangan atau mendapatkan khidmat nasihat.
f. Menyediakan ruangan pantau tegur peristilahan bagi warga UKM yang berdaftar untuk mengesan dan memaklumkan kepada pihak jawatankuasa istilah/pentadbir UKM tentang kesilapan bahasa dan istilah pada kain rentang, gegantung, papan tanda, poster dan sebagainya di sekitar kampus UKM.
g. Menyediakan kemudahan suntingan terbina dalamnya. Kemudahan ini termasuklah mengesan kesilapan ejaan dan menghalang kemasukan entri berganda).
 
 
 
Prof. Madya Dr. Ahmad Ismail
Pengerusi
Jawatankuasa Istilah
Fakulti Sains & Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Log Masuk
Bagi Kakitangan/Pelajar UKM sila guna Nama Pengguna dan Kata Laluan eWarga/SMPWeb dan tanda pada kotak 'Warga UKM' untuk Log Masuk
 
Nama Pengguna :
 
Kata Laluan :
 
 Warga UKM
 
Pengguna baru? Daftar Di Sini
Terlupa Kata Laluan? Klik Di Sini
Warga UKM:
Lupa Katalaluan || Tukar Katalaluan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Fakulti Sains & Teknologi (FST) di talian 03-8921 3825 / 03-8921 3324

Bantuan Teknikal : http://www.ukm.my/efact

 
  vulcanite :  
    vulkanit  
 
  flip-flop :  
    flip-flop  
 
  continuous wave :  
    gelombang selanjar  
 
  vanillic acid :  
    asid vanilik  
 
  multitube noise suppressor :  
    pereda hingar berbilang tiub; perendam kebisingan banyak tabung  
 
 
 
Fast web Counter
pengunjung
sejak Nov 2011