Perakuan Kad Prihatin Siswa
Kad Prihatin Siswa ini adalah kad debit yang akan turut berfungsi sebagai kad matrik pelajar. Selain itu, aplikasi e-wallet juga akan diperkenalkan supaya tawaran istimewa platform pembayaran ini dapat diberikan kepada pelajar secara efektif.
Pengenalan :
- Inisiatif pembangunan Kad Prihatin Siswa merupakan antara sebelas (11) usul yang dikemukakan oleh perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kepada YAB Perdana Menteri hasil pertemuan yang berlangsung pada 30 Jun 2020;
- Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah berlangsung dengan pelbagai pihak berkaitan untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan dan polisi yang akan digunapakai khususnya bersama dengan Rakan Strategik Kad Prihatin Siswa, pihak RHB Bank;
- Seiring dengan norma pembayaran digital yang makin mendapat tempat pada hari ini, pengenalan kad matrik pelajar bercirikan dwifungsi menjadi alternatif terbaik dalam pelaksanaan inisiatif Kad Prihatin Siswa yang secara langsung menyokong ekosistem Cashless Campus di UKM;
- Kad Prihatin Siswa ini adalah kad debit yang akan turut berfungsi sebagai kad matrik pelajar. Selain itu, aplikasi e-wallet juga akan diperkenalkan supaya tawaran istimewa platform pembayaran ini dapat diberikan kepada pelajar secara efektif;
- Cadangan serta kaedah pelaksanaan Inisiatif Kad Prihatin Siswa ini secara keseluruhan merangkumi fasa serta peringkat pelaksanaan
- Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik IPT.
- Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan kewangan terus kepada pelajar.
- Transformasi ekosistem transaksi kewangan di UKM ke arah cashless kampus.
- Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/keistimewaan/ganjaran/promosi kepada pelajar IPT.
Tempoh Masa Pelaksanaan
Cadangan penggunaan Kad Prihatin Siswa oleh pelajar dijangka boleh dilaksanakan bermula semester 2, sesi akademik 2021/2022 pada bulan Mac 2022.
Tindakan Pelajar
Semua Pelajar Prasiswazah dan Siswazah Diminta untuk membuat pengesahan dan persetujuan penggunaan Kad Prihatian Siswa oleh RHB Bank menerusi pautan di bawah.
Nama | : Ahmad Syahmi Bin Ahmadun Masrah |
No. Kad Pengenalan / Pasport | : 010903060039 |
Status Pengesahan | : Setuju |
Tarikh Pengesahan | : 05/06/2022 11:53:AM |