Semakan panggilan temu duga adalah bagi Program Pendidikan SAHAJA mulai 18 Mei 2026.
Bagi Program Bukan Pendidikan, semakan panggilan temu duga telah dibuka mulai 21 April 2026. Walau bagaimanapun, panggilan temu duga ke saringan seterusnya akan dimaklumkan oleh pihak program atau Fakulti secara terus kepada calon. Mohon teliti Surat atau Arahan yang disertakan semasa membuat semakan tempoh hari. Tiada PAUTAN yang diberikan untuk semakan.
Calon WAJIB untuk muat turun Surat Panggilan Temu Duga dan juga Lampiran berkaitan sebagai simpanan dan rujukan. Kegagalan calon untuk berbuat demikian adalah di bawah tanggungjawab sendiri.