pensyarah universiti
jabatan sains bumi & alam sekitar
rabiahtulzulkafli@ukm.edu.my
Rabiahtul Zulkafli adalah pensyarah kanan di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran dan Sarjana daripada UKM dalam bidang Sains Bahan. Penyelidikan beliau berfokus kepada kakisan terpengaruh bakteria dan kakisan karbon dioksida terhadap keluli karbon dalam persekitaran marin.
Bidang kajian beliau menggabungkan dua disiplin ilmu, iaitu sains bahan dan aplikasinya dalam bidang sains marin. Beliau percaya bahawa, penggabungan dua disiplin ilmu seperti ini mampu mendedahkan dan melengkapkan pelajar mahupun akademik kepada penguasaan ilmu merentas bidang.
Selain itu, beliau turut terlibat secara aktif dalam kumpulan penyelidikannya berkolaborasi dengan industri minyak dan gas. Sejak tahun 2012, beliau juga turut menerima beberapa anugerah dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi. Beliau juga merupakan seorang ahli teknologi profesional berdaftar dalam bidang Sains Bahan dengan MBOT.
Rabiahtul Zulkafli is a Senior Lecturer at the Department of Earth and Environmental Sciences, Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). She holds a Doctorate and Master`s Degree in Materials Science from UKM. Her research focuses on microbiologically influenced corrosion and carbon dioxide corrosion of carbon steel in marine environments.
Her field of study bridges two disciplines: materials science and its applications in marine science. She believes that the integration of these two disciplines has the potential to expose and equip both students and academics with cross-disciplinary expertise. In addition, she is actively involved in her research group’s collaborations with the oil and gas industry.
Rabiahtul has received numerous awards in research and innovation competitions since 2012. She is also a registered professional technologist in Materials Science with the Malaysian Board of Technologists (MBOT).
Geran / Grant | Kolaborator / Collaborator | Status |
---|---|---|
THE DEVELOPMENT OF ACCREDITATION OF DNV @UKM LABORATORY TO COMPLY MS ISO/IEC17025 | dnv malaysia sdn bhd | 53.5% (2023-05-17 sehingga 2026-05-16) |
KESAN KEHADIRAN GAS KARBON DIOKSIDA (CO2) TERHADAP KAKISAN KELULI KARBON DALAM PERSEKITARAN GEOTERMA. | geothermal resources sdn bhd (grsb) | 72% (2024-07-01 sehingga 2025-03-01) |
KAKISAN INSFRASTRUKTUR KELULI KARBON DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN IKLIM DALAM PERSEKITARAN MARIN | dnv malaysia sdn bhd | 7.1% (2024-11-01 sehingga 2026-10-31) |
MEKANISME TINGKAH LAKU KAKISAN TERPENGARUH MIKROBIOLOGI TERHADAP KELULI KARBON DALAM PERSEKITARAN MARIN | dnv malaysia sdn bhd | 7.1% (2024-11-01 sehingga 2026-10-31) |